Sperma Tidak Normal Lelaki Sukar Hasilkan Zuriat
Kebanyakan
lelaki yang sihat secara automatik akan menganggap sistem reproduktif
mereka tidak bermasalah. Soalnya, sejauh mana kesedaran mengenai
kesuburan itu khususnya berkaitan kesihatan benih atau sperma kerana
gejala kemandulan lelaki sukar dikesan.
Di
Malaysia, kes kemandulan lelaki atau sperma tidak normal jarang
dilaporkan kerana tidak banyak data atau kajian mengenai ketidaksuburan
lelaki direkodkan.
Sperma yang normal bukan saja
tinggi dari segi bilangan tetapi juga memiliki bentuk yang sempurna dan
pergerakan yang aktif. Pakar akan mencari sperma yang mempunyai kepala
bujur dan ekor yang panjang. Ini adalah bentuk sperma yang boleh
dianggap normal. Bilangan sperma yang normal biasanya mencecah sehingga
40 juta dan ada juga 20 juta. Apa pun, bagi membolehkan wanita hamil,
lelaki hanya perlukan satu sperma yang sihat saja.
Anda
perlu lihat pada peratusan sperma yang normal, jika seorang itu
mempunyai bilangan sperma rendah tetapi 80 hingga 90% adalah aktif, itu
lebih baik daripada seseorang yang punyai bilangan sperma yang tinggi
tetapi lebih 50% daripadanya tidak normal.
Langkah
seterusnya ialah melihat pergerakan sperma. Ada sperma yang mempunyai
pergerakan normal iaitu lebih 60% yang bergerak dan ada juga yang tidak
bergerak langsung dipanggil sperma mati.
Sperma
yang normal bentuknya perlu ada kepala, badan tengah dan ekor. Tetapi
jika tidak normal, sperma ini akan datang dalam pelbagai bentuk seperti
kepala besar, kepala kecil, ekor bercabang dua, ekor pendek, ekor
terbelit, ekor bergulung dan pelbagai bentuk lagi. Sperma begini akan
sukar untuk sampai kepada telur bagi proses persenyawaan.
Seseorang
itu dikatakan mempunyai bilangan sperma yang rendah apabila setiap satu
mililiter pancutan sperma hanya menghasilkan kurang daripada 20 juta
spermatozoa.
Banyak faktor penyebab morfologi
sperma tidak normal seperti jangkitan, terdedah kepada toksin, radiasi,
merokok, urat darah varicocele dalam skrotum, demam dan panas melampau,
gaya hidup, dadah dan alkohol, obesiti dan testis yang tidak normal.
Rawatan
Langkah pertama untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai isu berkaitan morfologi sperma ialah lakukan analisis sperma. Sekiranya anda ada masalah morfologi sperma tidak normal, pakar akan menyarankan supaya anda melakukan analisis itu pada bulan berikutnya bagi memastikan sebarang perubahan dan menentukan sama ada sperma tidak normal itu bersifat sementara atau kekal.
Seseorang itu tidak
perlu bimbang jika analisis menunjukkan kewujudan morfologi sperma yang
tidak normal, sebaliknya membiarkan pakar melakukan ujian sepenuhnya.
Antara rawatan bagi masalah ini termasuk intra uterine insemination
(IUI) atau in-vitro insemination (IVF) atau permanian beradas atau
Suntikan Sperma Intra Cytoplasmic (ICSI).
Cara Meningkatkan Sperma
• Amalkan gaya hidup sihat dan diet seimbang
• Bersenam.
• Kurangkan tekanan.
• Jaga berat badan.
• Berhenti merokok.
• Kurangkan atau menghentikan pengambilan alkohol.
• Jauhi najis dadah.
• Elak memakai seluar dalam yang ketat, sauna, mandi tab panas dan apa saja yang boleh meningkatkan suhu buah zakar.
Simpan Telefon Dalam Poket Lelaki Berisiko Mati Pucuk
Masih
berkaitan sperma. Golongan lelaki mungkin perlu berhati-hati apabila
menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar selepas ini berikutan
dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa tindakan itu boleh
membawa kesan kepada sistem reproduktif mereka.
CAP
mendakwa perbuatan menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar yang
sering dilakukan kaum lelaki menyebabkan mereka berdepan risiko
kerosakan sperma serta mati pucuk.
Keputusan itu
berdasarkan hasil kajian CAP tahun lalu yang menunjukkan kaitan di
antara sperma yang berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon
bimbit dalam sehari. Hasil kajian itu menunjukkan pengguna yang membuat
panggilan lebih daripada 4 jam sehari mempunyai bilangan sperma yang
paling kurang dan paling rendah kualitinya.
Penemuan
itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia kemungkinan
menghadapi kesukaran untuk menjadi bapa kerana penggunaan telefon bimbit
yang meluas.
Selain itu, lelaki yang membawa
telefon bimbit yang diletakkan di bahagian tali pinggang atau dalam
poket dengan ‘keypad’ mengarah ke luar pula akan menghadapi kesan yang
tinggi kerana antena berada di belakang dan lebih hampir dengan tubuh.
Sumber:Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment