No Giliran Anda

Tuesday 22 January 2013


NI PUTRI KE PUTRA????


Putri shaza Qistina....nasib baik Putri..klu Putra agaknya satu almari penuh ngan jersi..boleh satu kepala ngan papa...Adoi....satu lagi problem...ni nak sokong team mana????  Red Worrior ke Hijau Kuning???? Putri jawab sokong yang mana menang lah..hihihi....

Bulan depan dh nk genap dua tahun Putri mama nih...macam2 dh pandai..ajk org buat..org cakap..suma dah...yang belum pandai lagi...nk bg tau nk buang air besar n kecik aje...klu dah pandai jimat sket duit papa xyah beli pempers hehehe (cakap dlm hati)...tapi betol..stgh budak awal lagi dh pandai ckp..mungkin atas org jugak kt...try jugak google cari tips nk ajar anak supaya pandai bg tau kita bila nk ke toilet...die dh pandai mintak nk susu..mesti boleh mintak jugak nk ke toilet...try ntry lagi ajar sampai pandai...jgn putus asa...


Ingat satu pagi y hening,,,selepas mama dh siap nk kluar...putri pulak wat 'keja besar'terpaksa lah mama turun padang dulu...klu sbelum ni..bila mama tanya sapa yak busuk nih? putri akan jawab..'adik'..tp kali ni lain plak jawapannya...die jawab 'apiz'...ptg tu..mama pun wat banyak mulut lah..cita kejadian pg tadi kt teacher putri...teacher pun cite lah...mmg lah ada budak nama Hafiz, klu die berak, suma budak lain tutup idung sbb busuk...huhuhu,...mama pun terpikir..pandai jugak anak mama nih..hehehehe...itu cite kt sekolah putri cite kt mama..huhuhu...mana tahu cite apa kt rumah putri cite kt school plak nnt...SO BEWARE...ngan anak2 kita y makin membesar..diorg akan citer apa shj y diorang nampak...tunjuk lah contoh yang baik shj..depan diorag...biarlah sampai kita kena berlakon sekali pun...huhuhuhu




SIAPA TAK KENAL BUAH NI??? 

BUAH CIKU..mungkin semua orang mengenali buah ciku..tapi bukan semua orang suka dan tahu khasiat sebenar buah ni...Buah ciku mengandungi kandungan antioxida yang tinggi,lebih tinggi daripada kandungan di dalam buah limau,straberi,anggur, kiwidan 25 buah-buahan lain. Buahnya yang berwarna coklat  dan biji berwarna hitam....sebelum ni, kita hanya tahu nama ciku sahaja..sebenarnya lebih drp 10 jenis spesis ciku yang di tanam di negara yang berbeza seperti Thailand, Myanmar, Florida, Malaysia dll....

CIKU atau nama sainsnya Achras zapota adalah antara buah-buahan tropika yang lazat rasanya dan mempunyai isi yang lembut dan halus. Buah ciku biasanya dimakan terus bukan sahaja enak dimakan malahan banyak khasiatnya. 


Kandungan gula, vitamin C dan mineral terutamanya kalsium dalam buah ciku adalah tinggi. Buah ciku sebenarnya setanding dengan buah pir dalam kandungan vitamin A, vitamin BI, B2 dan niasin, tetapi kandungan vitamin C dan kalsiumnya lebih tinggi. 



Selain dimakan terus, buah ciku boleh dijadikan halwa, jeli dan hirisan kering. Pokok ciku agak kecil atau sederhana, iaitu tingginya mencapai 25 m. 



Pokok ciku berbentuk piramid semasa kecil dan menjadi bulat apabila matang. Ciku ialah sejenis tumbuhan yang menghijau sepanjang tahun, berdahan rendah, berdaun lebat serta mempunyai batang yang liat. Pokok ciku lambat membesar tetapi dapat hidup lama. Satu ciri pokok ciku yang menarik ialah kebanyakan bahagian pokoknya, terutamanya kulit kayu mempunyai getah. Getah ini ialah chicle yang dahulunya digunakan sebagai bahan asas gula getah. Daun ciku ialah jenis mudah, agak tebal, berwarna hijau tua dan berkilat. Daun-daun bersusun di hujung ranting muda. Bentuk daun bujur telur berukuran 5 – 13 cm panjang dan 2.5 – 6.5 cm lebar. Bunga biasanya dikeluarkan di celah daun dan kadang-kadang di hujung ranting. Bunga ciku ukuran kira-kira 5 – 6 cm lebar. 



Kulit buah nipis dan berwarna perang kotor. Buah yang cukup masak mempunyai kulit yang berwarna perang dan tidak begitu menarik. Isi ciku lembut dan berwarna perang pucat. Rasanya manis dan berjus.Teksturnya halus tetapi kadang-kadang agak kesat atau berpasir. Di dalam isi terdapat 1 hingga 6 biji yang keras dan leper, berwarna hitam kecil, berwarna putih dan tidak begitu jelas kerana tidak kembang penuh. Bunga ini jenis lengkap, iaitu mengandungi stamen dan stigma pada sekuntum bunga. Buah ciku berbentuk hampir bulat atau bujur . Biji-biji ini sangat mudah diasingkan danpada isinya. 



Jenis-jenis ciku yang paling popular di Semenanjung Malaysia ialah Jantung, Betawi dan Subang. Ciku Jantung mempunyai buah yang agak besar, iaitu 90 – 120 g, berbentuk bujur dan berwarna perang kemerahan pucat Isinya lembut teksturnya halus, berjus dan berbau harum. Wamanya perang kemerahan, mengandungi 3-6 biji yang hitam berkilat, keras dan leper. Saiz buahnya agak seragam dan mudah dikendalikan. Ciku Subang banyak ditanam di kawasan Subang, Selangor. Buah jenis ini berbentuk bujur dan saiznya sederhana. Rasanya sangat manis dan tekstur isinya lebih halus dan tidak berpasir dibandingkan dengan ciku Betawi dan Jantung. Ciku Betawi mempunyai saiz dan kemanisan buah yang sederhKhasiaana. Bentuknya bujur sedikit atau hampir-hampir bulat. Kulit buahnya nipis. Isinya manis tetapi tekstumya agak kesat dan berpasir. 



Ciku adalah antara buah-buahan yang digemari ramai dan berpotensi sebagai buah segar untuk pasaran tempatan. Antara masalah yang dihadapi ialah tempoh penyimpanan buah yang singkat dan pengendalian buah yang agak rumit. 



 



Khasiat Ciku

Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir). 



Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan. 



Ada cara yang lain iaitu 7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan diminum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega. 



Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit. Sering memakan buah ciku juga dipercayai dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser. Disamping itu, ciku juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium
Antara contoh spesis ciku mengikut tempat

 MAKOK-THAILAND
 ALANO-UNITED STATE
BROWN SUGR
PROLIFIC-FLORIDA
 





 keladi tengkorak..mahal nih...susah nk dapat



keladi belang









My Collections.....Mengumpul pelbagai jenis keladi..baik dari daun sebesar ibu jari sampai lah kepada daun sebesar  kuali...Hobi ni baru sj bermula,sejak akhir 2012 lalu..selain menghias balkoni ia mmg canti utk cuci mata sebelah pg atau ptg...kadang2 tu tgh malam pun sanggup mengadap pokok2 nih...sbb sbelah siang x sempat nk tgk...

memang suka tgk macam2 jenis keladi..ada color merah putih hijau dh memang biasa tgk...Perkara yang paling di tunggu-tunggu adalah, setiap kali daun baru muncul...wow...memang sgt bangga ngan diri sendiri..hehehe bukan apa..rasa sgt2 hebat sebab dapat jaga pokok tu dengan baik...padahal semua org tahu..pokok yang paling senang di jaga adalah pokok keladi..biarkan apa org nk kata..keladi ku hidup sihat n membiak sudah cukup..

Sebenarnya bela pokok ni,boleh mengajar kita berdisiplin, tambah2 lagi mengajar erti kesabaran..ye lah bukan senang pokok tu nk membesar..kena tunggu dengan sabar dan tenang,...


Nasib baik anak tak kacau cuma kadang2 die suka siram pokok..yelah tiru apa yang mama buat..jgn tiru mama gunting daun2 kering sudah..klu tak habis botak daun keladi mama...

mmg berhajat nk kumpul koleksi keladi ni byk2...nasib baik mak kt kg pun ada hobi yang sama..heheh..setiap kali balik kg..satu kereta penuh ngan pokok..jimat baget sket xyah beli kt kedai..hihihi..tq mak...akan ku jaga leklok kelaki yang mak bagi tu...

Cara nak tanam keladi  ni tidak la sesusah mana. Asal cukup syarat yang di minta, hidup subur la dia. Permintaannya pun bukan la tinggi dan sukar untuk kita penuhi hanya perlukan tanah yang sentiasa lembab dan kaya dengan baja kandang. Keladi tak tahan panas kalau kena panas berlebihan boleh menyebabkan dedaunnya lecur.so sesuailah klu tinggal kt apartment pun...Sekiranya terjadi potong daun berkenaan untuk merangsang pertubuhan daun baru. Keladi sukakan cahaya yang separa teduh sebab tu la sesuai nak buat hiasan dalam rumah.Ada 2 cara nak biakkan keladi  ni, satu cara dengan belah rumpunnya dan satu cara lagi dengan gunakan ubinya.

caiyuk2...selamat mengumpul koleksi keladi pada masa akan datang...