No Giliran Anda

Wednesday 13 June 2012



 Menjadi Ibu Bapa yang Sempurna


Ibu bapa adalah faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak-anak. Beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh dijadikan panduan dalam menjadikan anak-anak antara yang terbaik berbanding rakan sebayanya yang lain!

 
1. Mulakan hidup anak-anak dengan panggilan yang baik – apabila anak-anak diberi nama dan panggilan yang baik,secara tidak langsung ia turut mempengaruhi dan memberi kesan yang baik dalam perwatakan dan kelakuan anak-anak. Nama yang baik juga turut dituntut dalam Islam. 
2. Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka.
3. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih sayang – pandangan ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran. Marah itu memang perlu supaya anak-anak tahu mana yang salah dan mana yang betul,namun kawallah marah,janganlah pula sehingga anak-anak menjauhkan diri dan berasa takut. 
4. Berikan penghargaan di atas setiap kebaikan – tidak semestinya hanya dengan pemberian hadiah,malah senyuman,pujian dan pelukan sudah cukup untuk membuat diri anak-anak terasa dihargai. Sekurang-kurangnya dengan penghargaan ini dapat dijadikan sebagai satu motivasi bagi anak-anak untuk melakukan lagi dan melakukan yang terbaik. 
5. Jangan mengharap lebih daripada apa yang anak-anak mampu lakukan – sedarlah bahawa anak-anak masih dalam proses perkembangan dan janganlah mengharapkan anak-anak akan berbuat sesuatu kebaikan secara berterusan kerana melakukan kesilapan merupakan proses untuk anak-anak belajar. 
6. Antara masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga - utamakan keluarga kerana apabila adanya masalah,selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Seseorang hanya akan tenang apabila tiada masalah keluarga. Anak-anak tetap diutamakan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu tanpa kembali lagi.Ibu bapa tidak seharusnya bersikap mementingkan diri bagi menjaga keperibadian yang baik untuk dijadikan role model bagi anak-anak 
7. Jangan mengeluh dalam mendidik dan membesarkan anak-anak – ini bagi mengelakkan anak-anak merasa diri mereka sebagai beban terhadap ibu bapa. Ini juga supaya anak-anak tidak berasa jauh dan sunyi dari ibu bapa. 
8. Dengar cerita anak-anak – tidak dinafikan anak-anak memang suka bercerita. Dengarlah cerita mereka kerana sedarlah bahawa ibu bapa tidak akan dapat mendengar cerita itu lagi pada masa akan datang. Melayan anak-anak bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan.Ianya juga hiburan yang takkan dapat dibeli. 
9. Tenangkan anak-anak setiap kali mereka memerlukannya - ada masanya anak-anak akan berasa sedih di atas banyak perkara.Bergaduh dengan kawan sekelas,tercederakan anak jiran.Pada masa inilah ibu bapa membantu menyelesaikan masalah anak-anak supaya mereka tidak merasa keseorangan. Ibu bapa perlu membantu kerana walaupun masalahnya kecil,namun bagi anak-anak masalahnya sangat besar. 
10. Tunjukkan kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri – setiap masalah ada jalan penyelesainya. Ibu bapa seharusnya bersikap tenang apabila berhadapan dengan sebarang masalah untuk menjadi ikutan kepada anak-anak dan tidak bersikap tidak tentu arah.
11. Buat persediaan menyambut hari jadinya – tidak semestinya dengan menyambut secaran besar-besaran,sudah memadai dengan menyediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuat anak-anak belajar menghargai. Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan mampu untuk belajar menghargai orang lain. 
12. Mengajar anak-anak lebih dari sekali – ada sesetengah anak-anak yang perlu diajar secara berkali-kali barulah mereka dapat memahami sesuatu dengan baik. Jadi,jangan marah terhadap mereka apabila bertanyakan tentang sesuatu hal yang sama berulang kali. Ini bagi mengelakkan proses pembelajaran anak-anak terbantut. 
13. Luangkan masa bersama anak-anak – ini bukan sahaja terhad di dalam rumah,malah turut meluangkan masa di luar.Sama ada bersiar-siar ataupun berkelah di hujung minggu. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan bersama. Anak-anak akan merasa kepentingan diri mereka dalam hidup ibu bapa. Memimpin tangan anak-anak tidak terbatas semasa di luar rumah sahaja,malah apabila anak-anak bangun tidur,ke meja makan, malah ke dapur untuk membancuh susu mereka. 
14. Dengar mimpi ngeri anak-anak – mimpi ngeri akan menjadi begitu realistik dalam dunia mereka walaupun itu hanyalah sekadar mimpi. Tidak ada salahnya mendengar cerita mimpi ngeri anak-anak kerana ianya diceritakan secara langsung,tiada skrip,tiada pengarah dan tiada siaran ulang tayang.
15. Hargai permainan kesayangan anak-anak – apabila permainan kesayangan mereka dihargai,dalam masa yang sama juga anak-anak akan menghargai barang-barang kesayangan ibu bapa. Walaupun sudah rosak,elakkan daripada membuang permainan kesayangan anak-anak. Mintalah kebenaran daripada mereka terlebih dahulu. 
16. Berikan ciuman selamat malam – jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan anak-anak dengan salam sebelum masuk tidur. Selimutkan,dan cium dahinya apabila mereka sudah lena. 
17. Terimalah hakikat kadangkala ibu bapa tidak sempurna – bagi mengelakkan stress,jangan terlalu berfikir untuk menjadi ibu bapa yang sempurna dari semua aspek. Apabila terdengar anak-anak berkata ‘papa ni garanglah’. Itu teguran sebenarnya. Jadi,tidak salah untuk berubah demi kepentingan anak-anak dan bagi mngelakkan anak-anak berasa rendah diri kerana merasakan ibu bapa terlalu sempurna. 
18. Janagan membawa bebanan kerja ke rumah - apabila ini berlaku,anak-anak akan menganggap bahawa kerja lebih penting daripada keluarga. Utamakanlah keluarga ketika berada di rumah. Ibu bapa juga boleh membantu untuk menyiapkan kerja sekolah anak-anak ataupun memberi latihan di rumah. 
19. Anak-anak menangis – menangis merupakan cara anak-anak untuk melegakan keresahan mereka dan kadangkala untuk mendapatkan perhatian. Walauapapun sebabnya,dengarilah tangisan mereka supaya mereka tidak menjauhkan diri dari ibu bapa di kemudian hari. 20. Anak-anak juga mempunyai perasaan – seperti ibu bapa,anak-anak juga mempunyai perasaan.Hargailah perasaan anak-anak supaya anak-anak juga menghargai perasaan ibu bapa. 
- Berdoalah agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan dan sebagai penenang hati di dunia & di akhirat kelak -






Apabila kanak-kanak mula belajar berjalan mereka dipanggil “Toddler”. Selalunya perkataan ini digunakan untuk kanak-kanak berumur 1 - 2 tahun. Fasa “toddler”adalah paling penting di dalam kehidupan kanak-kanak. Pada waktu perantaraan antara dunia  bayi dan kanak-kanak inilah mereka belajar dan membesar dengan banyak cara. Segala yang berlaku kepada mereka amat bermakna. Setiap peringkat dan kemahiran yang dikuasai anak-anak ini adalah permulaan kepada satu aras yang baru

Pembesaran ini berlainan untuk setiap anak-anak. Setiap mereka ada jadual perkembangan tersendiri. Pada masa ini kebanyakan mereka belajar berjalan, bercakap, menyelesai masalah, berhubung dengan orang lain, dan banyak lagi. Satu tugas mereka yang penting adalah untuk belajar berdikari. Sebab itulah mereka selalu mahu melakukan sesuatu dengan sendiri, mempunyai idea sendiri mengenai bagaimana sesuatu perkara mesti berlaku dan mengatakan “tidak” banyak kali dalam sehari. Peringkat ini dikenali dengan banyaknya perkembangan dari segi tumbesaran dan perubahan variasi perasaan yang kadang-kadang kelihatan negatif. Mereka sangat kuat semangat tetapi terbatas dari segi kemahiran. Sebab itulah pada usia begini mereka selalu memaparkan kekecewaan dan perangai meragam.  

Kanak-kanak pada umur ini penuh dengan tenaga dan idea untuk meninjau persekitaran mereka. Anda hendaklah memastikan mereka boleh meninjau persekitaran yang selamat. Mereka mahu menjadi bebas, walaupun masih memerlukan anda dalam keadaan yang lain. “Toddler” sangat mengambil berat terhadap kehendak dan idea mereka sendiri. Sebab itulah kita jangan mengharap mereka akan berkongsi. Mereka kadang-kadang menjadi kecewa kerana tiada kemahiran bertutur untuk menyatakan kehendak mereka. Selalunya mereka juga menghadapi kesukaran memisahkan diri dari ibubapa. Kebiasaanya antara umur 2 ½   hingga 3 tahun, kanak-kanak ini mula berminat untuk dilatih berdikari ke tandas. Apabila melepasi umur 3 tahun mereka sudah boleh mula belajar secara tersusun. 

UMUR SETAHUN


Perkembangan Fizikal – Mereka mungkin kurang makan tetapi lebih kerap. Mereka mula lebih pandai makan sendiri walaupun selalu tertumpah atau comot. Kadar tumbesan mereka akan lebih perlahan berbanding semasa bayi. Kebanyakan akan boleh berjalan tanpa bantuan ketika berumur setahun 2 bulan. Kebanyakannya boleh berjalan ke belakang dan menaiki anak tangga ketika mencecah setahun 10 bulan. Mereka boleh minum dari cawan dengan sedikit bantuan. Mereka juga boleh menconteng dan menyusun blok. 

Perkembangan Sosio-Emosi – Mengamuk dan meragam adalah kebiasaan. Mereka susah untuk berkongsi mainan dan amat mengawal barangan mereka. Mereka mahu melakukan sesuatu sendiri, tanpa bantuan. Mereka tidak ingat larangan. Perasaan mereka berubah dengan pantas. Perasaan mereka selalunya sangat kuat tetapi tidak berpanjangan. Mereka suka bermain sendirian atau di sebelah kanak-kanak lain. Mereka menganggap diri mereka sebagai tumpuan semua orang. Mereka mungkin sentiasa mahukan ibubapa. Mereka juga mula memaparkan perasaan baru seperti cemburu, sayang, bangga dan malu. 

Perkembangan Kepintaran – “Toddler” akan menamakan objek atau orang yang mereka biasa. Kadar perhatian mereka amat pendek. Mereka juga sentiasa curiga. Mereka selalu menggunakan perkataan “tak”. Mereka menunjuk kepada objek yang mereka mahu. Mereka boleh menyebut nama anggota badan dan gambar-gambar yang sudah biasa. Mereka meniru bunyi binatang. Mereka boleh memegang pensil dan menconteng. Mereka menggabung dua perkataan untuk membuat satu ayat asas. Mereka menggunakan objek mengikut keperluan mereka. Mereka juga mula memasukkan orang kedua di dalam permainan atau lakonan olok-olok mereka. 

UMUR 2 TAHUN

Perkembangan Fizikal – Mereka boleh berjengket. Mereka mengikut bola dan menendang ke depan. Mereka berjalan, berlari, memanjat, naik dan turun tangga sendirian dan mengorek. Mereka boleh melompat dengan dua kaki. Mereka tidak selesa dengan lampin basah atau kotor. Mereka memisahkan sesuatu objek dan memasang semula. Mereka suka mengetat dan melonggarkan penutup balang atau botol. Mereka juga selalunya amat aktif berbanding peringkat lain di dalam umur mereka. 

Perkembangan Sosio-Emosi – Mereka selalu mempertahan keputusan mereka dengan berkata “tak”. Mereka suka meniru kelakuan orang dewasa. Mereka mahu menolong kerja-kerja rumah. Mereka mula bermain permainan mudah dan lakonan olok-olok. Lakonan mereka selalunya pendek dan mudah. Ia selalunya tidak melibatkan orang lain. Kadang-kadang mereka sengaja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diarah. Selalunya mereka mementingkan diri sendiri dan masih susah untuk berkongsi. Mereka suka bermain berdekatan dengan kanak-kanak lain, walaupun tidak bermain bersama mereka. Mereka tidak menolak untuk membantu. Mereka amat mudah kecewa. Mereka juga masih perlu berasa selamat. 

Perkembangan Kepintaran – Mereka menyatakan perasaan dan kehendak. Mereka boleh mengikut arahan-arahan ringkas. Tetapi mereka masih mempunyai jangkamasa penumpuan yang singkat. Mereka menggunakan 3 atau lebih perkataan yang digabung untuk membina satu ayat. Mereka boleh menyambung lagu-lagu mudah. Mereka mempunyai kesukaran membuat pilihan, tetapi mereka tetap mahu membuat pilihan sendiri. Mereka juga mula berfikir tentang sesuatu sebelum melakukannya.



Dah makin comel putri mama....makin chubby...ada yang cakap putri iras papa..dan ada yang cakap iras mama...tu semua tidak menjadi isu yang besar sebabnya putri comel macam mama dan hebat macam papa bila besar nanti...Alhamdulillah..perkembangan pembesaran putri berlaku seperti kanak-kanak lain...dah pandai main mainan...Sepanjang tempoh berpantang putri dijaga oleh Nekma dan mak sedara putri...sukalah die dikelilingi oleh ramai orang...Antara ramai2 cucu yang ada putri lebih dekat ngan tok ayah dan nekmanya...nanti bila besar nanti putri kena hormat orang yang lebih tua...tak kiralah saudara mara atau sesiapa sahaja...

Bila dikenangkan, inilah perasaan ibu bapa kita masa kita mula-mula dilahirkan dulu...gembira yang amat sehinggakan ada yang menatang anak bagai minyak yang penuh, segala kemahuan anak dituruti sehingga memakan diri sendiri..Kadang-kadang sebagai ibu bapa kita sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Sehinggakan kita lupa bahawa apa yang terbaik untuk kita sebenarnya bukan untuk mereka....


My sweet litte princess

My sweet little princess...

Masa ni Putri dalam umur lebih kurang 2 bulan...mama dah x sabar nak pakaikan baju gaun cantik2 kt Putri..hehehe..Putri, bayi yang tak kuat meragam/merengek.Kalau bunyi pun waktu nk susu..Mungkin Putri faham keadaan situasi mamanya..Papa Putri terpaksa outstation 2 minggu selepas putri dilahirkan...Putri tahu tanggungjawab papa sangat besar terhadap keluarga.Mungkin itulah yang membuatkan putri sgt penyabar macam mamanya jugak...Dilahirkan di Klinik Annisa Kota Bharu pada 8 Febuari 2011. merupakan tarikh keramat buat mama dan papa...Alhamdulillah saat melahirkan Putri tidak mengambil masa yang lama. Hari Rabu jam 11 pagi seperti biasa mama akan membuat pemeriksaan perut. Tapi disebabkan air ketuban dah makin berkurang,doktor menasihati agar mama terus dimasukkan ke wad. Siap boleh sempat gelak ketawa menandakan tiada rasa tanda2 ingin bersalin.mama dan papa sempat menikmati chiken chop utk hidangan makan malam.mungkin putri pun sempat merasa kot...jam 6 ptg sebiji ubat mama telan untuk merangsang pembukaan jalan.Tapi tidak memberi kesan. Kemudian sebiji lagi ubat diberikan jam 8mlm. Rasa sakin mula datang secara perlahan-lahan. Jam 9 malam mama ditolak ke lay birth room.Papa pun menjadi peneman yang setia,tidak sabar menyambut kelahiran putri sulungnya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,jam 11.55 malam seorang bayi perempuan selamat diazankan oleh papanya.Segalanya berlaku dengan cepat.sehinggakan sepanjang malam itu mama tidak dapat tido..hanya wajah yang mulus itu ditatap bagaikan tidak percaya sudah melahirkan seorang bayi yang comel..Segala kesyukuran mama dan papa panjatkan ke hadrat ilahi atas kurniaan zuriat pertama kami yang di beri nama Putri Shaza Qistina yang membawa maksud, Putri yang mempunyai haruman keadilan.semoga kakak yang sulung ini menjadi seorg yang adil kepada adik2 nanti..insyaallah..