No Giliran Anda

Wednesday 5 September 2012




Bagaimana saya boleh mengetahui sama ada anak saya gembira?

Dalam tempoh enam bulan pertama kehidupannya, bayi anda akan menjadi sangat mahir tentang memberitahu anda jika ada sesuatu yang membuatnya gembira atau mengganggunya. Mukanya akan bersinar dengan senyuman ketika anda masuk ke dalam bilik dan dia akan meraung jika seseorang mengambil mainan kegemarannya. Dia akan beralih daripada bersenyum kepada menangis dan kembali semula dengan cepat secara tidak dapat dijangkakan.

Cuba jangan bimbang sangat jika bayi anda kelihatan seperti dia menghabiskan lebih banyak masa meraung daripada ketawa ceria. Ini disebabkan bayi pada peringkat awal lebih cenderung mengalami kesusahan daripada kebahagiaan. Tangisan dan ekspresi muka sedih adalah satu sahaja cara bayi dapat berkomunikasi dengan anda. Ini memberitahu anda yang lampin bayi anda itu sudah kotor, dia lapar atau dalam kesakitan.


Apabila anak anda membesar, dia akan dapat menyampaikan perasaannya dengan lebih mudah dengan kata-kata dan bahasa gerak-geri badan.

Bagaimana saya boleh pastikan dia berseronok?

Walaupun mainan gantungan yang berwarna-warni untuk katil bayi dan gimnasium bayi boleh mendatangkan senyuman baginya, apa yang membuat bayi anda gembira adalah lebih mudah: anda sendiri. Jalinkan hubungan dengan bayi anda dengan permainan dan bermain-main sebab jika anda seronok, dia juga seronok!

Bermain juga satu cara yang baik untuk anak anda membangunkan kemahiran yang akan menjadi penting untuk kebahagiaannya pada masa depan. Apabila dia membesar,
permainan akan membantunya menentukan apakah kehidupan yang dia mahukan di zaman dewasa. Mainan membina rumah dengan blok, bereksperimen di dapur mainan dia dan menghantuk-hantuk kuali dengan sudu semuanya akan dapat menunjukkannya ke arah kerjayanya di masa depan (atau sebaliknya!).

Bagaimana saya boleh membantu dia mengekspresikan perasaan?

Untuk bayi muda, satu-satunya cara yang mereka tahu bagaimana untuk mengekspresikan perasaan ialah melalui tangisan. Tetapi apabila anak anda menjadi lebih besar, anda boleh menggalakkan dia untuk mengenalpasti perasaan dan menyatakannya kepada anda dengan kata-kata. Anak-anak kecil dapat menangkap perkataan-perkataan berhubung emosi-emosi seperti "bahagia" atau "marah" dengan cepat.

Pada masa dia masih belum boleh bercakap, anda sudah boleh menunjukkan gambar-gambar ekspresi muka dan bertanya dia yang mana satu menunjukkan apa yang dirasainya.

Ingatlah bahawa adalah perkara biasa untuk anak anda untuk menjadi terlalu sensitif, tak mahu berenggang atau kadangkala gementar. Ini mungkin disebabkan rutinnya telah bertukar atau dia kecewa dengan sesuatu. Ini akan lebih kerap berlaku apabila dia lebih tua. Apabila anak anda merajuk di sudut bilik semasa majlis hari jadi seseorang atau menangis sebab dia tidak dijemput ke sesuatu majlis, jangan menafikan perasaannya itu. Dia perlu tahu bahawa adalah OKEY jika berasa kurang gembira di satu-satu masa, itu adalah sebahagian daripada kehidupan.

Bagaimana saya boleh melindungi anak saya semasa dia kurang gembira?

Sepanjang tahun pertama bayi, dia sedang belajar banyak perkara: bagaimana nak duduk,merangkak, gengam objek,berjalan dan bercakap. Kemahiran-kemahiran ini mengambil masa untuk dibina.

Adalah penting bagi anda membiarkannya melakukan kesilapan dalam tempoh itu, sementara menggalakkannya untuk terus mencuba. Dia akan berasa bermacam-macam perasaan, daripada kekecewaan dan juga pada mulanya, kemarahan, terus kepada perasaan kejayaan dan keyakinan apabila dia telah pandai melakukan semua ini dengan baik.


Membenarkan anak anda berasa semua emosi ini akan membantu dia membina daya ketahanan dalam dirinya yang akan membawa kepada kebahagiaan apabila dia meningkat usia lebih tua.

Bagaimana saya boleh membantu anak membesar dan berkembang?

Orang-orang yang paling gembira selalunya adalah orang-orang yang telah menguasai sesuatu kemahiran. Adalah mengambil masa dan memerlukan usaha untuk menjadi benar-benar mahir dalam sesuatu. Oleh itu, apabila anak anda berjaya menulis namanya buat kali pertama, berilah dia banyak pujian. Dia boleh menikmati kejayaannya sebab dia telah bekerja keras untuk mencapaikannya. Beliau juga akan berasa bangga apabila ada orang lain yang mengheboh-hebohkan pencapaiannya.

Apa yang lebih penting, dia akan memahami bahawa dia mempunyai sedikit kawalan atas hidupnya. Jika dia memberikan fokus kepada sesuatu, sudah tentu dia akan berjaya. Ini akan terus menjadi faktor penting dalam mencapai kebahagiaan apabila dia dewasa kelak.

Adakah kesihatan beliau mempunyai kesan ke atas kebahagiaan?

Banyak tidur,senaman dan diet yang sihat adalah penting untuk kesejahteraan bagi semua orang, terutama sekali mereka yang masih sedang membesar. Memberi si kecil banyak ruang untuk melepaskan tenaganya akan membantu dia menjadi ceria. Biarkan dia menendang kaki ke atas, merangkak ke arah bola yang tercinta, atau berlari-lari keliling taman.

Beri perhatian juga kepada keperluan anak anda untuk ada struktur dalam hidupnya. Walaupun sesetengah bayi dan kanak-kanak mempunyai personaliti senang, kebanyakan mereka lebih cepat berkembang jika mempunyai satu
rutin yang tepat.

Adakah anak saya dipengaruhi oleh mud saya?

Ya. Sama ada baik atau buruk, kanak-kanak boleh merasakan mud ibu bapa mereka. Malah, bayi mudah meniru gaya emosi ibu bapa mereka. Apabila anda senyum, bayi anda turut senyum dan otaknya "diaturkan" untuk bersenyum.

Di masa keluarga masih muda, adalah perkara biasa untuk anda berasaletihdan cemas. Tetapi jika anda selalu mendapati diri anda sentiasa tidak mempu menguruskan hidup atau murung sudah tiba masanya untuk mendapatkan bantuan.

Bagaimana saya boleh mengajar dia untuk membuat orang lain gembira?

Seawal usia 10 bulan, bayi anda boleh diajar betapa baiknya jika dia membantu orang lain. Jika anda memberinya secubit pisang, biarkan dia juga menyuapkan anda secubit. Tunjukkan dia betapa gembira anda merasakan dengan perbuatannya itu. Jika anda menyikat rambutnya, biarkan dia menyikat rambut anda juga. Detik-detik kecil seperti ini boleh membuatkannya suka berkongsi dan prihatin terhadap orang lain.

Apabila bayi menjadi anak kecil, memberikannya kerja-kerja yang mudah, seperti meletakkan pakaian kotor ke dalam bakul kain kotor, boleh membantu dia merasakan bahawa dia membuat sumbangan yang berguna.


MENJAMU SELERA........

Dah lama berhajat nk makan steambut kt Redwok restoren nih...tapi xde geng..takat makan bersama mr.hubby n putri x hapening sangat...satu minggu y x dirancang...adikku kt ukm dtg umah..kebetulan pulak abgku yang baru melangsungkan perkahwinan pun ada bersama...kira ala-ala pengantin baru lah lagi...so kitaorg decide nk mkn kt luar..walaupun tgh ari tu aku msak nasi tomato bkn main banyak..so x laku lah nasi tomato ku..y ku kira sedap lah jugak...hihihi...

lepas manghrib malam tu,kami pun bergerak dua biji keta gi mkn sepuas-puasnya..sampai x larat nk mkn...amek dan amek lagi...yang bes nya anakku si kecik genit ni pun bukan main lalu makan..org mkn see food...die blasah nasi goreng pun jadi lah...kalau lagi ramai lagi lah bes n hapening gila...insyaallah..klu bleh kumpul family lagi ramai kan lg bess.....

Tuesday 4 September 2012



SAJE NAK MENUNJUK-NUNJUK....HEHEHE..HASIL KEJA TANGAN MAMA


Macam x percaya pun ada...hihihi..siap jugak baju kurung sepasang untuk putri n mama...siap pakai masa malam akad nikah ayah lie tu.....puas hati dapat jahit baju sendiri untuk my beloved princess....mmmmmmmuuuuahhh..
nanti bila mama free lagi mama jahit baju lagi ye...nnt kita wat pesen lain plak..untuk papa...baju melayu mama x blajar lagi la...hihi rumit sket so..kita macthing ngan kemeja kt kedai jer lah papa ye...hihihi...


habis lah nnt klu papa dah ada geng...ada 2 group lah...sape yang menang??? we waitt n see..



Harini hari kedua putri dihantar ke skul sendirian....tu pun dah kul 8 lebih...nex week, kul 7 dah kena hantar...so awal2 ni bleh lah lambt2 sket pun...kana mama dah kena punch kad x bleh la sayang...dah la mlm tadi sbelum kul 9 lagi putri  dah tdo...awal betol mayb penat kot..teringat ptg semalam bila mama ngan papa nk amek putri kt skul..janji nk amek kul 5,tp sbb mama dah x tahan, kul 430 mama dah ajak papa amek putri...kami siap wat teka teki lagi tu...Apa reaksi adik@putri bila tgk kami nnt??? A) senyum n berlari ke arah kami    B) menangis dan dtg kpd kami...   C) wat x tau saja...


suspen jugak tu....bila ketuk pintu..skul sunyi saje..x dengar suara budak nangis pun...kami dah lega..myb  pilihan B dah out!!!...bila pintu di buka...mama nampak sume budak duduk dalam satu kumpulan..rupa2nya tengah mkn ptg...mama tercari2 mana putri...rupa2nya still duk atas riba teacher...mata dah bengkak dan merah...mama dah tau..tu tandanya nanngis lah tu...bila tgk mama putri  stil duduk jer atas riba teacher tu...n wat x tau jer...tapi mulut n reaksi cam nk nangih...mama tau..tu nk tunjuk protes sbb mama tinggalkan putri kt skul ye...dlm nk nangih tu...bila mama mintk suh salam teacher...ikut saje macam budak baik..hehehe...ok sok putri datg lgi...


pagi tadi bila mama kejut putri suh bangun,...wat x tau jer...bila mama suh salam papa...sbb papa nk gi keja...aikk!!! tangan bergerak jer nk salam...SO...mama dh tau trips putri...klu tdo mesti mama x hantar ke skul...hehehehe...putri silap..harini kena ke skul jugak...bila mama cakap..cepat,kawan2 dh dtg tu..die cpt2 ckp x/.....hihihihi

masa mama bagi putri kt teacher...siap ckp xmo tu..huhuhu...sabar ye syg..lama2 lagi adik biasalah kt skul..adikkan dah besar...apa pun mama n papa sayang adik...mama cam nk amek awal jer putri harini...tp takut papa marah...sbb papa ckp klu slalu wat camtu,bila putri nk sesuaikan diri...betol gak tu...huhuhu plizzzzzz nk buat camne ni...rindu putri!!!

Monday 3 September 2012


Sunyi Tanpa Dirimu di sisiku...

Harini mama terpaksa menghantar putri ke school bersama teacher dan teman2 yang lain.  walaupun berat rasa hati mama, tapi mama terpaksa untuk menyesuaikan putri dengan keadaan di school.semoga putri cepat dapat menyesuaikan diri bersama teman-teman yang lain.beginikah perasaan ibu2 yang lain apabila menghantar anak ke bawah penjagaaan orang lain...dari kecik samapi berusia setaun  6 bulan, ke mana sj mama pergi putri ada bersama, begitu janggal rasanya bila berada bersendirian dirumah...biasanya barang2 mainan putri bersepah di merata tempat...Papa kata mama kena kuat,...minggu depan mama dh nk start berkerja..dan seterusnya akan sambung belajar ke peringkat phD insyaallah...kekuatan papa juga menjadi kekuatan mama...saat berjauhan dengan adik,adalah saat paling menyedihkan buat mama..tapi mama tahu putri sgt tabah..kekuatan putri juga kekuatan mama...

memandangkan kedudukan school putri hanya di bawah pangsapuri, mama kerap mengintai keadaan putri...mama tahu putri tak biasa dengan tempat tu, tp ia juga bagus untuk perkembangan dan pembesaran putri.setiapkali itulah mama akan naik ke rumah dalam keadaan menangis...mama sedih tapi mama terpaksa..semoga putri faham...semalam mama dah teman putri kt school hampir 2 jam,itu pun sebab putri menangis xmo duduk, tp harini mama tak boleh buat macam tu lagi...sampai bila mama nk temankan...kawan2 yang lain pun sama..dah lama nanti ok lah tu...