No Giliran Anda

Tuesday 22 January 2013

SIAPA TAK KENAL BUAH NI??? 

BUAH CIKU..mungkin semua orang mengenali buah ciku..tapi bukan semua orang suka dan tahu khasiat sebenar buah ni...Buah ciku mengandungi kandungan antioxida yang tinggi,lebih tinggi daripada kandungan di dalam buah limau,straberi,anggur, kiwidan 25 buah-buahan lain. Buahnya yang berwarna coklat  dan biji berwarna hitam....sebelum ni, kita hanya tahu nama ciku sahaja..sebenarnya lebih drp 10 jenis spesis ciku yang di tanam di negara yang berbeza seperti Thailand, Myanmar, Florida, Malaysia dll....

CIKU atau nama sainsnya Achras zapota adalah antara buah-buahan tropika yang lazat rasanya dan mempunyai isi yang lembut dan halus. Buah ciku biasanya dimakan terus bukan sahaja enak dimakan malahan banyak khasiatnya. 


Kandungan gula, vitamin C dan mineral terutamanya kalsium dalam buah ciku adalah tinggi. Buah ciku sebenarnya setanding dengan buah pir dalam kandungan vitamin A, vitamin BI, B2 dan niasin, tetapi kandungan vitamin C dan kalsiumnya lebih tinggi. 



Selain dimakan terus, buah ciku boleh dijadikan halwa, jeli dan hirisan kering. Pokok ciku agak kecil atau sederhana, iaitu tingginya mencapai 25 m. 



Pokok ciku berbentuk piramid semasa kecil dan menjadi bulat apabila matang. Ciku ialah sejenis tumbuhan yang menghijau sepanjang tahun, berdahan rendah, berdaun lebat serta mempunyai batang yang liat. Pokok ciku lambat membesar tetapi dapat hidup lama. Satu ciri pokok ciku yang menarik ialah kebanyakan bahagian pokoknya, terutamanya kulit kayu mempunyai getah. Getah ini ialah chicle yang dahulunya digunakan sebagai bahan asas gula getah. Daun ciku ialah jenis mudah, agak tebal, berwarna hijau tua dan berkilat. Daun-daun bersusun di hujung ranting muda. Bentuk daun bujur telur berukuran 5 – 13 cm panjang dan 2.5 – 6.5 cm lebar. Bunga biasanya dikeluarkan di celah daun dan kadang-kadang di hujung ranting. Bunga ciku ukuran kira-kira 5 – 6 cm lebar. 



Kulit buah nipis dan berwarna perang kotor. Buah yang cukup masak mempunyai kulit yang berwarna perang dan tidak begitu menarik. Isi ciku lembut dan berwarna perang pucat. Rasanya manis dan berjus.Teksturnya halus tetapi kadang-kadang agak kesat atau berpasir. Di dalam isi terdapat 1 hingga 6 biji yang keras dan leper, berwarna hitam kecil, berwarna putih dan tidak begitu jelas kerana tidak kembang penuh. Bunga ini jenis lengkap, iaitu mengandungi stamen dan stigma pada sekuntum bunga. Buah ciku berbentuk hampir bulat atau bujur . Biji-biji ini sangat mudah diasingkan danpada isinya. 



Jenis-jenis ciku yang paling popular di Semenanjung Malaysia ialah Jantung, Betawi dan Subang. Ciku Jantung mempunyai buah yang agak besar, iaitu 90 – 120 g, berbentuk bujur dan berwarna perang kemerahan pucat Isinya lembut teksturnya halus, berjus dan berbau harum. Wamanya perang kemerahan, mengandungi 3-6 biji yang hitam berkilat, keras dan leper. Saiz buahnya agak seragam dan mudah dikendalikan. Ciku Subang banyak ditanam di kawasan Subang, Selangor. Buah jenis ini berbentuk bujur dan saiznya sederhana. Rasanya sangat manis dan tekstur isinya lebih halus dan tidak berpasir dibandingkan dengan ciku Betawi dan Jantung. Ciku Betawi mempunyai saiz dan kemanisan buah yang sederhKhasiaana. Bentuknya bujur sedikit atau hampir-hampir bulat. Kulit buahnya nipis. Isinya manis tetapi tekstumya agak kesat dan berpasir. 



Ciku adalah antara buah-buahan yang digemari ramai dan berpotensi sebagai buah segar untuk pasaran tempatan. Antara masalah yang dihadapi ialah tempoh penyimpanan buah yang singkat dan pengendalian buah yang agak rumit. 



 



Khasiat Ciku

Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir). 



Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan. 



Ada cara yang lain iaitu 7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan diminum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega. 



Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit. Sering memakan buah ciku juga dipercayai dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser. Disamping itu, ciku juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium
Antara contoh spesis ciku mengikut tempat

 MAKOK-THAILAND
 ALANO-UNITED STATE
BROWN SUGR
PROLIFIC-FLORIDA
 

No comments:

Post a Comment