No Giliran Anda

Sunday 17 June 2012

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Ikut Cara Bapa Didik Anak
Bersempena sambutan Hari Bapa, MW berkesempatan menggandingkan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha bersama dengan puteri kesayangannya Sophea Isabella, 9 bulan.
Menariknya, lokasi penggambaran kali ini dilakukan di dalam kolam renang memandang kan Sophea Isabella atau lebih mesra dengan panggilan Bella diajar berenang oleh ayahnya. Lahir di dalam air memudahkan Bella mempelajari proses untuk berenang dan apa yang nyata tak semua bayi mampu berbuat demikian.
Wajah polos yang memiliki mata bundar ini ternyata cukup bijak mendengar setiap arahan bapanya. Setiap kali diagah oleh penulis dan jurugambar, Bella tertawa riang sambil menampakkan beberapa batang gigi yang tumbuh di bahagian atas dan bawah.
Bibir mungilnya tidak henti-henti berbicara dengan bahasa bayi. Tatkala dibawa masuk ke dalam kolam oleh bapanya, Bella nampak cukup bersahaja langsung tidak menampakkan riak ketaku tan di wajahnya. Percubaan pertama kali Bella dan bapanya menyelam membuatkan penulis berdebar menantikan dua beranak ini timbul di permukaan. Tiga saat kemudian Bella muncul dengan aksi dan wajah riang tanpa sebarang rasa takut.
Hampir sejam melakukan pelbagai gaya, barulah penggambaran selesai dijalan kan. Sesekali kedengaran rengekan keluar dari mulut Bella yang cukup lucu sehinggakan bapanya serta kami yang terbabit dalam penggambaran tidak dapat menahan ketawa.
“Saya dan isteri mula mengajar Bella teknik menahan nafas ketika berada dalam air sejak Bella berusia sebulan dengan meletakkan nya di dalam tab mandi di rumah. Malah, setiap kali mandi kami akan menuangkan air ke atas kepalanya secara perlahan untuk membiasakan dia menahan nafas ketika di dalam air.
“Lama-kelamaan Bella semakin serasi dan selesa dengan keadaan tersebut sehingga berjaya mengawal sendiri nafasnya. Ketika Bella berumur empat bulan, kami mendedahkannya dengan aktiviti air di kolam renang.
“Sehingga kini, Bella sudah mampu mena han nafas dalam air selama tiga hingga 10 saat. Saya dan isteri akan biarkannya menyelam sambil badannya dipegang kemudian ditolak ke hadapan dan akan disambut oleh isteri.
“Saya datang dari keluarga perenang, dua orang adik-beradik saya mewakili negeri dan tiga wakil negara. Bahkan, keluarga saya sejak awal lagi sudah menitik beratkan kemahiran berenang pada kami adik-beradik. Itu yang membuatkan saya terikut-ikut untuk mempraktikkan kemahiran yang sama pada Bella,” ujar Dr. Sheikh Muszaphar yang mengakui isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunus juga pada awalnya agak ragu-ragu untuk berbuat demikian namun setelah melihat sendiri pencapaian Bella, dia semakin yakin.
Bella ‘Bahan Eksperimen’Mungkin ada yang beranggapan sesuai kah Bella diajar berenang dalam usia sekecil ini, tetapi bagi Dr. Sheikh Muszaphar, proses berenang sememangnya cukup baik untuk bayi.
“Ada kebenaran tentang pandangan sesetengah pihak bahawa berenang boleh menyebabkan air masuk paru-paru dan sebagainya. Namun, kita kena lihat dari sudut yang positif. Perlu ada pengawasan dan ilmu untuk melakukannya. Tidak boleh sekadar campak anak di dalam kolam.
“Pesanan saya, ketika anak-anak berenang, jangan sesekali meninggalkan mereka, awasi setiap gerak geri. Andai ada tidak kena seperti mereka mula menangis atau merengek itu bermakna mereka tidak selesa dan hentikan seketika.
“Pastikan pakaian yang dikenakan sesuai selain suhu air yang tidak terlalu sejuk. Apa yang lebih penting, ibu bapa harus terbabit sama dalam proses pembelajaran tersebut,” ujarnya yang mahu menyebarkan ilmu kepada ibu bapa tentang kepentingan mengajar kemahiran berenang sejak usia muda sekali gus memecahkan stigma masyarakat yang ber anggapan berenang tidak elok untuk bayi.
‘Berenang sebenarnya mempunyai banyak kelebihan. Selain baik untuk tumbes a ran otot dan tulang, berenang juga boleh meningkatkan IQ serta meluaskan paru-paru. Dalam keluarga saya sendiri ada yang mem punyai masalah asma dan kerana itu kami didedahkan dengan berenang dari awal. Alhamdulillah dari situ membuatkan penyakit asma hilang kerana paru-paru berkembang dengan begitu baik sekali,” terangnya.
Akui Dr. Sheikh Muzaphar juga, dia dan isteri menjadikan anaknya, Bella sebagai ‘bahan eksperimen’ untuk mencuba pelbagai kaedah pendidikan.
“Kami menyediakan bahan bacaan, menghantar ke nurseri untuk penglibatan sosial, belajar kursus Arabic, matematik dengan penggunaan ‘fl ash card’, menghadiri kelas muzikal seminggu sekali.
“Dalam masa yang sama, kami juga tidak mengabaikan soal agama dengan mendengarkan bacaan al-Quran dan zikir-zikir. Apabila solat, Bella diletakkan di tepi kami. Bayi punya jiwa bersih dan mudah memahami, kerana itu kami mahu seimbangkan kedua- dua dunia dan akhirat. Insya-Allah dia akan menjadi wanita solehah suatu hari nanti,” ujarnya yang berimpian menjadikan Bella seorang angkasawan namun tidak akan memaksa dan akan memberi sokongan jika anaknya itu memilih karier lain apabila dewasa kelak.
Mahu Anak Jadi Angkasawan
Ditanya sama ada dia menggunakan pendekatan mendidik anaknya seperti mana yang dilakukan oleh ayahnya, Dr. Sheikh Muszaphar hanya ketawa kecil. Ujar bapa kacak yang kini sudah memasuki usia 40 tahun, satu ketika dahulu dia merasakan ayahnya seorang yang serius ketika membimbing dan mendidik anak-anak.Namun, rupa-rupanya sifat tersebut turut wujud dalam dirinya ketika mendidik Bella.
“Setelah bergelar bapa, barulah saya tahu kenapa ayah cukup tegas ketika mendidik kami adik-beradik. Dia mahu memasti kan kami semua berjaya dan menjadi insan berguna. Saya tergelak apabila teringat dahulunya saya kata ayah seorang yang serius, rupa-rupanya saya turut ikut jejak langkahnya.
“Ayah juga sering menekan mental kami adik-beradik dan itu membuat saya rasa pantang kalah. Saya anak ketiga dari lima orang adik-beradik. Jika saya kalah pada abang, keesokan harinya saya akan kalahkan abang semula. Saya tidak suka kalah dan saya harus menang, menang dan menang. Itulah yang saya pelajari daripada ayah dan itulah juga yang saya cuba praktikkan pada Bella,” terangnya.
Manakala isterinya Dr. Halina pula kata Dr. Sheikh Muzaphar lebih suka memanjakan anaknya. Kerana itu Bella sering merengek apabila berada dekat ibunya.
“Saya amat menitikberatkan soal disiplin kerana untuk menjadi manusia yang berguna itu cara terbaik. Saya tidak suka anak yang manja-manja dan terlalu bergantung pada ibu bapa. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan mahu mereka lebih berjaya dari ibu bapa sendiri.
“Tidak dinafikan Bella mempunyai satu standard yang tinggi kerana ayahnya seorang angkasawan. Tetapi pada saya terserah pada Bella tentang apa yang ingin dilakukan dan sebagai bapa saya harus memberi panduan.
“Kalau boleh, saya mahu tumpukan dia dalam bidang sains dan matematik untuk bergelar doktor atau angkasawan suatu hari kelak. Jika dia memilih bidang lain, saya tiada halangan tetapi saya akan cuba didik dari awal. Dengan bimbingan yang baik dan kasih sayang sepenuhnya dia tidak akan terbabas andai diberi ilmu agama dan didikan secukupnya,” ulas Dr Sheikh Muszaphar yang sedari usia 10 tahun sudah diterapkan oleh bapanya supaya menjadi doktor apabila dewasa dan ternyata impian tersebut terlaksana malah pada masa yang sama cita-citanya bergelar angkasawan turut tercapai.
Sentiasa Ungkapkan I Love UDitanya bagaimana dia menghargai pengorbanan bapa yang mendidiknya hingga berada di tahap sekarang, Dr. Sheikh Muszaphar mengakui cukup terharu dan berterima kasih pada orang tuanya. Malah kerana mahu memberi semangat buat dirinya, bapanya, Datuk Sheikh Mustapha bin Sheikh Shukor sanggup berkorban emosi menemaninya mengadakan latihan di Rusia.
“Saya bersyukur dengan apa yang ayah lakukan kepada kami adik-beradik. Sehingga ke akhir hayat saya tidak mampu membalas segala pengorbanan dan jasa tersebut. Jika bapa lain gemar membawa anak-anak keluar makan atau menonton wayang tetapi ayah saya bukan jenis itu.
“Bahkan, saya bekerja keras dan berusaha sehingga berjaya untuk mendapat kan kasih sayang seorang ayah. Pun begitu kami adik-beradik cukup rapat antara satu sama lain sejak di sekolah rendah lagi.
“Sejak kecil, kami diajar berkongsi segala nya oleh ayah termasuklah cawan dan pakaian. Jika ayah seorang tegas, ibu pula seorang yang lembut dan suka memanja kan kami. Justeru, saya menyeru kepada anak-anak supaya hargailah pengorbanan ibu bapa.
“Hanya yang bergelar ayah akan merasai bagaimana perasaan tersebut dan sememangnya saya cukup bersyukur kerana berpeluang merasai pera saan tersebut. Saya sendiri selalu mengungkapkan ‘I love u’ sayang abah. “Selamat Hari Bapa kepada semua ayah di seluruh dunia dan kepada ayah saya, Selamat Hari Bapa dan saya sayang ayah,” ungkap Dr. Sheikh Muszaphar sebelum mengakhiri perbualan.

Sumber:Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment