Kulit halus mulus menjelang hari bahagia
Detik
diijabkabulkan merupakan saat yang paling gembira dan pastinya
pengantin perempuan ingin tampil cantik berseri di hari bersejarah
tersebut. Selain solekan yang memberi kesan pada wajah anda, semestinya
penjagaan tubuh juga harus dititikberatkan. Jika tubuh dibelai dan
diurut sebelum tibanya hari bersejarah, anda akan berasa yakin dan segar
di hari persandingan nanti dan pastinya debaran malam pertama akan
dirasai.
1. Rawatan dimulakan dengan rendaman kaki yang
diletakkan bersama-sama dengan garam mineral. Tujuannya adalah untuk
membuang kulit-kulit mati yang terdapat pada kaki.
2. Kemudian,
urutan badan dimulakan dengan meletakkan minyak lavender. Minyak
lavender yang digunakan adalah untuk memberi ketenangan dan melegakan
segala tekanan yang dihadapi oleh bakal mempelai.
3.
Selepas menggunakan minyak lavender, urutan diteruskan lagi dengan
menggunakan scrub. Bahan utama yang digunakan ialah halia dan kaffir
lime. Bahan-bahan ini digunakan untuk menghilangkan sel-sel kuit mati di
samping membuang angin yang terdapat di dalam badan.
4.
Keseluruhan badan akan dilumur dengan serbuk koko bersama-sama dengan
bahan lain sebelum dibalut menggunakan plastik dan kain. Proses ini
dilakukan
untuk membuang toksin badan selain membuang lemak-lemak yang terkumpul.
5.
Setelah itu, rawatan diteruskan lagi dengan mandi susu. Mandi susu ini
bertujuan memberi kehalusan kulit yang maksimum selain memutihkan kulit.
6. Anda akan dijamu dengan minuman teh jasmine di akhir
rawatan. Teh jasmine berkhasiat untuk untuk memberi kesegaran pada tubuh
dan membuatkan anda
yakin bertemu dengan si dia di hari persandingan.
No comments:
Post a Comment