No Giliran Anda

Sunday 17 June 2012





Bahan - bahan

• 2 helai reben berlainan saiz dan warna
• Sehelai kain net
• Gula-gula
• 2 kuntum bunga hiasan kecil
• Kotak hiasan
• Gam pistol
• Gunting

Langkah demi langkah

Pertama, sediakan kotak berbentuk empat segi dan masukkan kain net ke dalamnya. Kedua, masukkan gula-gula di atas kain net dan tutupkan bekas kotak hiasan (gula-gula juga boleh digantikan dengan coklat). Buat ikatan secara bersilang empat di sekeliling kotak hiasan tersebut. Gubah ikatan tersebut menjadi bentuk reben yang cantik dan kembang sehingga menampakkannya sehingga 2 tona warna. Kemudian, guntingkan lebihan reben. Akhir sekali, lekatkan bunga hiasan kecil di tepi ikatan reben tadi mengikut citarasa anda sehingga ia tampak manis dan comel untuk tetamu yang hadir nanti.
.
................................................................................................................................................................................





Bahan - bahan

• 2 helai reben berlainan saiz dan warna
• Sehelai reben corak berwarna terang
• 2 helai kain net
• Potpuri
• 2 kuntum bunga dip
• Sebatang dawai halus
• Bekas plastik berbentuk cawan berkaki
• Gam pistol
• Gunting
• Pemotong dawai

Langkah demi langkah

Bentangkan kain net dan letak bekas plastik berbentuk cawan berkaki di atasnya. Selepas itu, masukkan kain net yang lain ke dalam bekas cawan tersebut bersama pewangi potpuri. Punjutkan kain net sehingga membalut bekas cawan berkaki dan ikatkan dawai halus di sekitar punjutan untuk mengemaskannya. Guntingkan kain net berlebihan di hujungnya mengikut bentuk dan citarasa anda. Ikatkan reben yang berlainan warna di sekeliling tempat ikatan dawai. Tambahkan satu lagi ikatan reben bertentangannya untuk mencantikkan lagi gubahan anda. Lekatkan bunga dip di tepi reben dengan menggunakan gam pistol di kedua-dua belah reben tersebut. Hiaskan sekeliling bekas plastik cawan berkaki dengan reben berwarna terang bagi mencantikkan lagi cenderahati anda.



Sumber:Pesona pengantin

No comments:

Post a Comment