Sayangkan Isteri
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada
pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia
menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak
luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga
kali sehari.
Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram
kubur isterinya lebih dari dua minggu secar berterusan. Ada setengah
dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan
isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat manjwab,
"Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya,
beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah
sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya
terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh".
No comments:
Post a Comment