No Giliran Anda

Saturday 16 June 2012



PARASIT-PENYEBAB KEBOTAKAN


Suatu ketika dahulu dunia digemparkan dengan penemuan sejenis parasit yang telah ditemui pada bulu mata manusia. Mangsa menderita mata merah dan bengkak selama 5 tahun.

Walaupun telah melalui pelbagai rawatan perubatan namun ia tidak berhasil. Sehinggalah satu ujian hama dilakukan dan menemui punca mata bengkak tersebut. Ia dikenali sebagai hama Demodex. Terdapat beratus hama sedang hidup pada bulu mata mangsa. Ia memang mengerikan namun ramai orang tidak tahu bahawa kulit kepala kita juga boleh menjadi tempat pembiakan terbesar hama Demodex.

Apakah Hama Demodex?
Hama Demodex adalah hama kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia hanya berukuran panjang 100-300 mikron. Hama ini boleh hidup di mana-mana bahagian yang mempunyai akar-akar rambut dan kelenjar sebum. Hama ini menghisap zat-zat dari akar rambut dan seterusnya merosakkan dinding-dinding sel. Hama Demodex akan mengorek ke dalam folikel rambut dan membiak dalam masa yang amat singkat. Hama Demodex hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.

Gejala Kehadiran hama Demodex
Gejalanya sangat tidak ketara. Namun gejala paling ketara yang boleh dikenal pasti ialah Rasa gatal pada kulit kepala seolah-olah ada sesuatu merayap.

Namun, dalam kebanyakan kes, penderitanya tidak mengalami sebarang gejala yang kebiasaannya membawa kepada keadaan yang lebih teruk kemudiannya.

Apabila kulit kepala ditakluki oleh hama Demodex, keguguran rambut yang berlaku mungkin tidak dapat dikawal lagi.

Kulit kepala yang berminyak secara berlebihan. Folikel-folikel rambut anda mengecut dan seterusnya melemahkan rambut. Perembesan dan perkumuhan hama Demodex boleh mengakibatkan keradangan pada tisu kulit kepala dan folikel rambut.

10 Gangguan Kulit Kepala Akibat Kehadiran Hama Demodex
1. Keradangan Kulit Kepala
2. Jerawat pada kulit kepala
3. Kulit kepala sensitif
4. Kulit kepala gatal
5. Keguguran rambut mendadak
6. Liang-liang tertutup
7. Kulit kepala berminyak
8. Pengeluaran minyak berlebihan
9. Fasa pertumbuhan rambut yang pendek
10. Akar rambut semakin lemah

6 Langkah Elak Jangkitan Hama Demodex
1. Hama Demodex boleh berjangkit menerusi sentuhan, perkongsian tuala, cadar dan juga sikat. Apabila seseorang telah dijangkiti, ia mungkin mengambil masa berbulan, malah bertahun bagi mengenal pasti gejala jangkitan tersebut!
2. Cadar perlu ditukar selalu. Syampu rambut setiap hari.
3. Jika anda berhadapan dengan masalah ini, dapatkan rawatan. Teruskan rawatan sehingga hama Demodex telah dihapuskan sama sekali.
4. Tingkatkan sistem imunisasi secara mengambil pelbagai zat seperti vitamin B2 (riboflavin).
5. Jagalah kebersihan diri anda. AWAS!
6. Elakkan tidur bersama atau peluk haiwan kesayangan anda selalu.

Rawatan Efektif Daripada 101 HAIR CARE
Seandainya anda mengalami keguguran rambut yang berlebihan atau jangkitan pada kulit kepala, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian bersama 101 HAIR CARE bagi mengesan kehadiran hama Demodex.

Ujian mudah akan dilakukan. Konsultan di 101 HAIR CARE akan melihat sedikit daripada bahagian kulit kepada anda di bawah mikroskop. Hasil ujian tersebut akan ditunjukkan kepada anda sama ada anda dijangkiti oleh hama Demodex atau tidak.

Jika anda dijangkiti hama ini, folikel rambut anda akan dipulihkan menerusi kaedah rawatan DEMODEX Solution Technology (DST™) . Rawatan DST™ telah diuji dan terbukti berkesan dan ia juga merupakan prosedur kosmetik tanpa pembedahan.

DST™ digabungkan dengan Ozon bagi membunuh pelbagai jenis kuman dan bakteria pada rambut dan kulit kepala. Ia menghasilkan lebih banyak oksigen kepada folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Rawatan DST™ juga merangkumi Tenaga infra merah bagi menggalakkan pengedaran darah.

No comments:

Post a Comment