Isteri Kesal sepanjang hayat.....
sedihnya.... .
"SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun
ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa
bersalah sentiasa bermain di fikiran apabila mengingatkan saat-saat
itu.
Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan
rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian,
tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan
dengan sempurna.
Suami memahami tannggungjawab di rumah dan
sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan
solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalam keluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan
anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya
dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang
kepadanya.
Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan
Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang
menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana
banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa
pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya
sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid
berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk
pergi menunaikan solat Maghrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi
dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang
itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana
suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah
masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia
meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar.
Saya dengan senang hati bersetuju.
Selepas menunaikan solat
Magrib, kami keluar ke sebuah restoran kira-kira lima kilometer dari
rumah. Di restoran, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan
usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah
saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh
hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa,
cara dia melayan danketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati
terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya
melihat jam tangan.
"Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang," kata saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan
minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang
keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan
lazat di restoran. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya
hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi
saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya
berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya
memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya.
Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun,
saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu
berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang
berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia
juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu
permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan
perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus
melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan
tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak tidak
menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi
tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka
daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam
kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
Hati
saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi
segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya
tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi
perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya
kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang
lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu,
maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, 'Demi
Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak
isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka
malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan
suaminya'.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami,
air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan
daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya."
Sesgguhnya solatku,ibdahku,idupku,mtiku
hnyalah utk ALLAH
Doakn aku jd UMAT yg taat,
bkal ISTERI & UMI yg diredhai
amin
No comments:
Post a Comment