DOA UNTUK MENDAPAT ZURIAT YANG BAIK
1) “Wahai
Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik;
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )
2) “Wahai
Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah
doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)
3) “Wahai
Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi
orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)
Kepentingan Doa
Dunia
adalah negeri perhiasan dan kesenangan dalam keinginan dan kefanaan.
orang yang berangan-angan pasti akan gagal. Kecuali orang-orang yang
soleh dan sentiasa berdoa kepada Rabb supaya diberikan KEBAIKKAN dunia
dengn keselesaan hidup, kiranya dapat menjalankan segala kewajipan
dengan baik dan sempurna. Mereka juga sentiasa memohon kepada Allah SWT
rezeki yang baik dan keturunan yang baik-baik. Doa (1) adalah doa para nabi untuk memohon zuriat keturunan yang baik sebagai penyambung warisan terbaik.
Seseorang
hamba yang akan naik darjatnya di syurga setelah dia wafat (meninggal)
disebabkan oleh DOA anaknya yang soleh dan solehah. Doa yang baik adalah
apa yang diajarkan oleh Allah SWT kepada kita seperti disebutkan di
dalam Quran (surah Ai-isra: 24) “Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Doa (2)
merupakan satu permohonan kepada Rabb yang bagi saya adalah penting
sebab doa tersebut bukan saja minta kepada Allah agar memberi kekuatan
kepada diri kita tetap mendirikan solat, malah untuk zuriat kita. Zuriat
itulah pewaris, moga doa amalan tersebut akan menjadikan pewaris kita
adalah warisan yang terbaik di dunia dan akhirat. Doa tersebut juga
adalah penting sebab solat merupakan PENGHULU segala AMALAN…
jika solat kita baik, maka baiklah semua amalan kita tetapi jika solat
kita tidak berkualiti, maka amalan yang lain juga tidak berkualiti. Moga dengan amalan doa ini seharian, akan menjadikan kita dan zuriat kita tetap mendirikan solat…. ameennn…
Doa (3) ini
adalah doa yang telah diketahui ramai akan kebaikkannya khususnya untuk
pasangan dan zuriat kita iaitu memohon agar pasangan juga zuriat kita
menjadi penyejuk hati kita juga ikutan orang-orang yang bertakwa…
pasangan mana yang tidak mahu keharmonian dan ketenangan dalam
rumahtangga masing-masing… dengan amalan doa tersebut moga Allah memberikan pasangan dan zuriat penyejuk hati kita dunia dan akhirat…
“Apabila
mati manusia maka terputuslah amalannya kecuali dari 3 perkara: sedekah
jariah, ilmu yg dimanfaatkan orang dan anak yang soleh/solehah yang
mendoakannya” (HR Muslim)
Sama-sama
mendidik zuriat kita walaupun terpaksa bersusah payah disepanjang
mendidik mereka… pasti berbaloi juga usaha kita… dua kali Allah SWT
nyatakan dalam Surah Al-Insyirah iaitu: “tiap-tiap kesukaran itu akan
ada kemudahan (kebaikkan)” … moga kita mendapat rahmat dariNYA selalu…
ameennn yaa Rabbal alamin…
No comments:
Post a Comment